Wednesday, March 21, 2012

Time To Change!

Ya! Masa untuk Berubah!

Kita selalu pening fikir pasal duit. Duit kita tak pernah cukup-cukup. 

Dapat gaji, bayar tu bayar ni..Abis duit gaji. Tak sabar tunggu gaji bulan depan.

Lagi satu, kebanyakkan daripada kita mesti ada buat PINJAMAN kan? Tak kesah lah pinjaman peribadi ke rumah ke kereta ke. Tapi semua tu hutang. Duit lagi.

Termasuklah aku. Buat pinjaman tu senang, lagi-lagi kakitangan kerajaan. Tapi memikirkan sampai bila kita kena berhutang, buat aku terfikir, aku kena buat PERUBAHAN. Takkan selamanya nak berhutang. Gaji tiap-tiap bulan memanglah cukup. Tapi cukup untuk masa ni. Akan datang, nak berkeluarga, nak kumpul harta lagi. Semua tu perlukan duit. Takkan nak buat pinjaman lagi kot. Lubang lama tak tertutup lagi, dah gali lubang baru.

Aku ambil keputusan untuk cari pendapatan sampingan. Ya! Memang mula-mula aku takut, takut kena tipu. Tapi aku nampak bukti, bukti dari ex-senior aku kat USM dulu. Dan ada seorang rakan alam maya yang aku dah kenal lama yang buat jugak 'side-income' yang aku nak buat ni. Tapi, kejayaan takkan datang bergolek, kita kena usaha jugak. Blog ni lah akan jadi medan perantaraan aku dengan bakal pelanggan-pelanggan atau 'bisnes partner' aku. InsyaALLAH.

Aku harap aku ambil langkah yang betul dan langkah ini berjaya mengubah hidup aku. Dan aku juga mahu rakan-rakan aku hidup senang. Kesian dan sedih dengar tiap-tiap bulan mengeluh pasal tak cukup duit. Aku harap lepas ni takde lagi orang mengeluh pasal tak cukup duit.

‘Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah keadaan (nasib) sesuatu bangsa sehingga bangsa itu mahu mengubah keadaan (nasib) mereka sendiri.’ [Ar-Rad : 11]'

UMI
012-5403698 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...