Showing posts with label pakaian dalam. Show all posts
Showing posts with label pakaian dalam. Show all posts

Thursday, May 24, 2012

Tips Pemakaian Premium Beautiful Corset




1- Pakai PB minimum 8 jam sehari
Untuk mendapatkan kesan yg baik,digalakkan memakai PB secara konsisten minima 8jam setiap hari..Kalau lebih dari 8 jam pon sangat digalakkan utk pembentukan dan penurunan berat badan. Masa tidur boleh pakai waist nipper/bengkung utk kesan yg cepat pada bahagian perut.

2- Cara pengendalian di toilet
Ketika di toilet, untuk memudahkan hanya perlu buka waist nipper n turunkan long girdle seperti anda turunkan panty biasa.

3- PB adalah pakaian dalam anda.
Bila nak pakai PB, tidak lagi perlu kepada bra yang lain kerana PB adalah pengganti kepada pakaian dalam. Ini adalah kerana kita akan mendapat direct contact FIR didalam PB dengan kulit kita

4. Ketika datang haid
Dibolehkan memakai seluar dalam ketika datang haid untuk memudahkan pakai pad.

5. Healing Crisis / Krisis Penyembuhan
Jangan terkejut sekiranya anda mengalami kegatalan, pening kepala dan sakit belakang kerana ini hanya berlaku sementara. Krisis penyembuhan berlaku menandakan badan anda sedang mengeluarkan toksik melalui perpeluhan. Sekiranya anda mengalami pening kepala segeralah minum air. Sekiranya berlakunya kegatalan, segera mandi dan rendam premium beautiful dgn air suam. Anda perlu bersabar dan teruskan pemakaian. 

6. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
Disarankan untuk minum air yg banyak kerana FIR didalam Premium Beautiful memerlukan air yang cukup untuk bertindak.


Dapatkan Premium Beautiful Corset anda hari ini!!!


UMI 
012-5403698

Thursday, April 26, 2012

Cara pakai Premium Beautiful Corset

Mula-mula pakai Long Girdle dulu. Caranya:-



1. Lipatkan bahagian pinggang dan kaki seluar dalam ke luar.

2. Sarungkan seperti memakai seluar dalam biasa hingga ke pinggul. Kemudian buka semula lipatan untuk menutup perut.

3. Masukkan sebelah tangan hingga ke bahagian punggung dan tarik lebihan lemak ke atas. Sebelah lagi tangan boleh mengurut lemak dari luar.

4. Perbetulkan kedudukannya agar selesa dan pastikan tanda rama-rama berada di bahagian tengah.


Tips: Kalau nak senang pakai, kena buka kaki besar-besar sikit. Lepas tu joget-joget, lompat-lompat sikit sambil sarung girdle ni. Alah bukan orang nampak pun. Diri sendiri je yang nampak. Haha. Mula-mula memang ambil masa sikit, tapi bila dah biasa, senang je nak sarung.



Lepas tu, pakai Long Brassiere pula. Caranya:-



 

1. Tundukkan badan 90 darjah dan sarungkan bra ke badan dan letakkan payu dara ke dalam cawan bra (pastikan semua bahagian payudara masuk cantik ke dalam cup bra).

2. Lekatkan cangkuk di bahagian belakang (cangkuk bahagian atas dulu, baru senang)

3. Tarik semua lebihan lemak yang ada di bahagian belakang dan bawa ke hadapan (masukkan ke dalam cawan bra).

4. Laraskan tali bra supaya dapat kedudukan yang selesa.

5. Betulkan kedudukan bra.

Tips: Selalunya clients susah nak cangkuk sendiri. So, mula-mula maybe boleh minta tolong Husband ke someone else tolong pin kan. Ataupun, ada satu tips lain. Berkemban dengan kain batik, lepas tu pakai bra dengan cangkuk ke depan. Lepas dah cangkuk semua, tarik semula ke belakang, lepas tu tanggalkan kain batik, then kemas-kemaskan bahagian cup. 


Last sekali, baru pakai Waist Nipper. Caranya:-

 

1. Letakkan tanda rama-rama diamond terletak di tengah dada.

2. Lekatkan kesemua cangkuk (patut berada di tulang rusuk kiri badan, cangkuk atas sekali dan bawah sekali, pastu baru cangkuk yang lain dari atas ke bawah)

3. Betulkan kedudukannya.

4. Tarik tali pelaras.

5. Tahan nafas dan cangkukkan ke depan. (kalau tali berlebihan, simpulkan dulu tali, baru cangkuk)

6. Pastikan ianya selesa.

Tips: Make sure bahagian tali yang kat belakang tu selari dengan tulang belakang kita. Baru rasa sedap-sedap je kat tulang belakang, especially yang ada masalah sakit belakang tu.


Dah siap pakai satu set Premium Beautiful, bolehlah sarungkan pakaian kegemaran anda tanpa risau ternampak lemak-lemak menggeleber sana sini. 


Make sure kena selesa ye bila pakai korset ni. Kalau tak selesa, mungkin size anda tak betul. Consult semula dengan agent kalau ada apa-apa masalah.

Umi mula-mula pakai, berpeluh-peluh. Pastu dah biasa..

Selamat Mencuba!

UMI
012-5403698

Monday, April 16, 2012

Simptom-simptom awal pemakaian PB

Antara Simptom-simptom awal pemakaian PB adalah:-

1. Sakit kepala - Selalunya berlaku kepada orang yang kerap sakit kepala atau migrain. Bagi mengurangkan rasa sakit kepala ini, pastikan anda minum banyak air sekurang2nya 1000ML sehari.

(ari pertama pakai, kepala rasa bedenyut2 macam kene tarik rambut je sbb Umi memang selalu pening kepala. lepas 3 ari, dah tak rasa bedenyut2. sampai sekarang tak pening atau sakit kepala)

2. Sakit Tulang Belakang - Pada peringkat awal pemakai Premium Beautiful akan merasa sakit pada tulang belakang. Ini kerana tindakan Premium Beautiful menyelaraskan kembali tulang belakang anda.

(lepas 3 ari pakai, sakit abis pinggang dengan belakang Umi. ingatkan nak period ke ape, pastu baru teringat kesan PB)


3. Badan berasa sakit - Selalunya berlaku pada orang yang selalu sakit, demam dan sakit-sakit sendi, kerana semasa pemakaian Premium Beautiful adalah seperti proses berurut.

(badan Umi rasa lenguh-lenguh macam buat keje berat, tapi sehari dua je. sekarang dah ok!)

4.Terkentut dan sendawa - Bagi org yg banyak angin, anda akan mengalami kentut dan sendawa berlebihan. Angin yang banyak di dalam badan menunjukkan badan anda berasid.

(yang ni memang di akui. Baru pakai girdle, dah terkentut, pastu pakai bra, terkentut lagi, pakai waist nipper pon kentut jugak. Nasib baik x busuk, kalau tak, Umi pon leh pengsan!)

5. Payudara terasa sengal-sengal - Premium Beautiful bertindak untuk menegangkan dan menaikkan semula payudara seperti di zaman remaja anda.

6. Berat badan menurun - menunjukkan berat badan anda sekarang tidak bersesuaian dengan ketinggian anda. Fungsi Premium Beautiful adalah bagi mendapatkan bentuk badan yang paling ideal dengan ketinggian seseorang.

7. Gatal-gatal pada anggota badan & tempat2 tertentu - Terlalu banyak asid yang dikeluarkan melalui perpeluhan. Kesan-kesan kehitaman pada anggota badan mungkin berlaku. Pada peringkat ini, pastikan anda kerap mencuci Premium Beautiful anda dengan PB Wash bagi membuang segala toksid2 yang diserap.Teruskan pemakaian untuk mengeluarkan toksid yang terdapat dalam badan kita.

(masa pakai tak gatal, bukak je PB ni, terus gatal2 kat perut.perut buncet kan, banyak asid la tu. gatal macam beruk kene belacan, lepas mandi, hilang gatal)

8. Badan Terasa Cergas - Ini adalah kerana tindakan resonan molekul air di dalam badan lebih aktif setelah pemakaian Premium Beautiful hasil tindakan F.I.R.



Nak tahu lebih lanjut, boleh SMS atau CALL atau CHAT di FB

UMI
012-5403698

Saturday, March 17, 2012

Premium Beautiful

Pakaian dalam pembentukan kontur badan berteknologi tinggi Far Infrared Rays (FIR)

Untuk KESIHATAN, KECANTIKAN dan KEYAKINAN


Siri pembentukan kontur buah dada
  • Melangsingkan badan & membentuk payudara yang mempesona
Siri pembentukan kontur pinggang
  • Melangsing & membentuk kontur pinggang agar kelihatan lebih ramping
Siri pembentukan kontur pinggul
  • Mengempiskan perut & membentuk kontur pinggul yang menarik.

PREMIUM BEAUTIFUL PRODUK BERTEKNOLOGI TINGGI FIR

FAR INFRARED RAYS (FIR) adalah cahaya merah yang terhasil daripada gelombang elektromagnet daripada cahaya matahari. Cahaya INFRARED menghasilkan 0.75-1000 mikron merangkumi jarak sederhana dan jarak jauh (FIR). Dalam FIR menghasilkan 4-16 mikron. Spektrum cahaya ini memberikan manfaat kepada kehidupan termasuk kepada tubuh badan manusia.

Melalui penyelidikan sains dan teknologi, produk berteknologi tinggi FIR di reka cipta dari bahan dan komponen yang dapat menghasilkan FIR berbentuk Bio-Seramik. Terapi berbentuk FIR merupakan kaedah rawatan alternatif berbentuk "Thermal Therapy" (pemanasan suhu) untuk membantu merawat, memulih serta mempertingkatkan kualiti aliran peredaran darah dalam tubuh badan. PREMIUM BEAUTIFUL merupakan produk berteknologi tinggi FIR. Premium Beautiful merupakan pakaian dalam pembentukan kontur bentuk badan berteknologi tinggi FIR yang di reka cipta dan di hasilkan untuk kesihatan dan keyakinan. Premium Beautiful memainkan peranan untuk mengalihkan komposisi lemak dari bahagian yang tidak sepatutnya kepada bahagian yang sepatutnya dalam proses membentuk dan memulih semula bentuk kontur badan. Teknologi tinggi FIR terhasil melalui bentuk fabrik yang di hasilkan menggunakan bahan berbentuk Bio-Seramik.


KEISTIMEWAAN TEKNOLOGI TINGGI FIR

  1. Membantu membetulkan dan memulihkan sistem saraf
  2. Membantu membetulkan saluran darah arteri, kapilari dan pembuluh utama
  3. Membantu membetulkan dan memulihkan sistem pernafasan
  4. Membantu meningkatkan kadar metabolisme
  5. Membantu mengurangkan lemak, bahan kimia, toksin dan kandungan asid dalam darah.
  6. Membantu mengeluarkan peluh asid dalam tubuh badan.
  7. Membantu menggalakan tumbesaran lebih teratur dan sempurna
  8. Membantu mencegah pertumbuhan bakteria
  9. Membantu menghilangkan rasa kesakitan pada tubuh badan
  10. Membantu menghilangkan kulat dan fungus
  11. Membantu menghilangkan bau badan yang kurang menyenangkan
  12. Membantu mengekalkan kepanasan suhu dalam badan.
  13. Membantu mengekalkan dan meningkatkan tenaga
  14. Membantu menjadikan tidur lebih nenyak dan selesa.
  15. Membantu mengaktifkan air dalam tubuh badan.


UMI
012-5403698




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...