Showing posts with label ramping. Show all posts
Showing posts with label ramping. Show all posts

Tuesday, May 29, 2012

Faedah Berbengkung selepas bersalin


"Kehamilan dan kelahiran mengganggu badan wanita dan kesemua otot-otot, tulang, urat, sendi, dan lain-lain, sudah bertukar keadaan dan menjadi kembang dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil."

Kehebatan Bengkung Premium Beautiful boleh mengempiskan perut, mengecutkan rahim yang bengkak dan merapatkan vagina yang telah regang dan longgar.


Pemakaian Premium Beautiful Secara Full Set, boleh membantu:
·       mengempiskan perut & mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kpd bentuk asal
·       melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal
·       mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan
·       menggalakkan postur yang baik, justeru, membantu penyusuan bayi
·       memecahkan lemak dan selulit
·       mencegah dari makan berlebihan




UMI
012-5403698

Wednesday, April 25, 2012

Soalan & Jawapan tentang Premium Beautiful


Adakah pemakaian Premium Beautiful akan mengganggu peredaran darah dan kesihatan seseorang? Adakah ia akan mengakibatkan perubahan bentuk badan?Tidak. Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini diperbuat daripada fabrik semula jadi seperti fiber, nilon, tetron serta fabrik lain dan disulami dengan cahaya infra merah jarak jauh (far infrared ray) yang direka khas berdasarkan kajian dari bidang ergonomi. Ia menggalakkan peredaran darah dan kadar metabolisme badan. Selain itu, fabriknya mempunyai kuasa penyerapan yang baik, telap udara dan sesuai untuk pemakaian seharian. Pemakaian Premium Beautiful tidak akan menjejaskan kesihatan dan peredaran darah seseorang, malah pemakaian untuk jangka masa panjang dapat menghasilkan kontur badan yang menarik.
Adakah pemakaian Premium Beautiful akan menyebabkan badan berasa panas?Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini dihasilkan melalui teknologi tinggi yang menggunakan fabrik semula jadi seperti fiber, nilon dan tetron yang mempunyai kuasa penyerapan yang baik dan telap udara. Maka, pemakaian Premium Beautiful pada hari panas tidak akan menyebabkan badan berasa panas, malah anda akan berasa selesa di samping memiliki bentuk badan yang menarik.
Sekiranya kita ingin memakainya selepas bersalin, bilakah masa yang sesuai untuk mendapatkan ukuran badan?Anda dicadangkan supaya membuat ukuran badan pada bulan ke-6 hingga 7 semasa mengandung kerana selepas bersalin, walaupun bentuk badan belum pulih kepada bentuk asal, namun ia adalah lebih kurang sama dengan bentuk badan semasa anda mengandung pada bulan ke-6 hingga 7. Maka, perbezaan ukuran badan adalah tidak besar. Bagi mereka yang mengandung lebih daripada 8 bulan, anda boleh membuat ukuran badan pada hari ke-3 selepas bersalin. Selain itu, bagi mereka yang melahirkan bayi secara normal, Premium Beautiful boleh dipakai selepas 7-10 hari selepas bersalin. Manakala, bagi mereka yang melahirkan bayi melalui pembedahan, ia hanya boleh dipakai kira-kira selepas 10-14 hari selepas bersalin. Masa keemasan bagi wanita selepas bersalin untuk menguruskan badan adalah dalam masa enam bulan pertama. Mereka yang memakainya lebih awal akan memperolehi kesan baik dalam masa singkat. Ia bukan sahaja dapat membantu memulihkan bentuk badan, malah turut dapat mengembalikan organ dalaman rahim ke tempat asal.
Berapa lamakah kita akan melihat hasilnya?Pemakaian pakaian dalam pembentukan badan ini merupakan satu proses yang konsisten. Biasanya, kita akan melihat hasil sejurus selepas memakainya. Namun, sekiranya anda ingin mengekalkan bentuk badan, anda perlu memakainya secara konsisten selama 1-6 bulan berdasarkan keadaan badan anda. Pada bulan pertama, lemak akan mula beralih. 3 bulan kemudian, lemak akan beralih ke tempat asalnya dan 6 bulan kemudian, lemak akan kekal di tempat asal. Bagi mereka yang mula-mula memakai Premium Beautiful, mereka mudah berasa ketat dan tidak selesa di mana hari pertama hingga hari ke-15 merupakan tempoh penyesuaian. Selepas melalui tempoh tersebut, anda akan berasa semakin selesa.
 
 Adakah pemakaian Premium Beautiful dapat membantu masalah payudara yang kendur dan menggelebeh?Payudara yang melendut mungkin disebabkan oleh kelonggaran di bahagian otot dada dan pinggang di mana ia merupakan masalah yang paling umum bagi kebanyakan kaum wanita yang telah bersalin. Premium Beautiful yang direka khas ini mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik yang dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada kedudukan yang betul. Selain itu, ia juga dapat menyelaras bahagian perut yang menonjol, meningkatkan garis payudara serta mengelakkan masalah payudara yang kendur dan menggelebeh.
Adakah Premium Beautiful tidak dapat menampung payudara yang terlalu besar dan menyebabkannya melimpah keluar?Premium Beautiful mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik, rawan keluli dan reka bentuk yang berkuasa mampatan dan tegangan di bahagian depan yang dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada kedudukan yang betul serta menegak dan mengukuhkan kedudukan payudara. Maka, ia dapat menampung payudara yang besar sepenuhnya.
Adakah masalah payudara yang kendur dapat diperbaiki dengan memakai Premium Beautiful? Ada orang mengatakan bahawa dengan memakai Premium Beautiful, payudara akan menjadi besar? Adakah ia benar?Saiz payudara mungkin akan berubah berpandukan kepada keadaan fisiologi seseorang. Namun sekiranya kita memakai pakaian dalam yang baik seperti Premium Beautiful dalam jangka masa yang panjang, ia dapat memperbaiki masalah payudara yang kendur dan menggelebeh, seterusnya membentuk kontur badan yang menarik.

Bilakah Long Brassiere Premium Beautiful sesuai dipakai? Apakah tempat yang sesuai untuk memakainya?Anda akan memperolehi kesan yang terbaik sekiranya anda memakai Long Brassiere Premium Beautiful setiap hari. Apabila bentuk badan sudah dikekalkan, anda boleh memakai Long Brassiere Premium Beautiful bersama-sama dengan singlet, skirt atau seluar pendek mengikut kehendak anda. Namun, sekiranya anda tidak dapat memakai Long Brassiere Premium Beautiful setiap hari, anda boleh memilih untuk memakainya bila-bila masa sahaja misalnya semasa anda menghadiri majlis perkahwinan atau majlis makan malam. Ia dapat menonjolkan bentuk badan yang langsing dan menarik.
Mengapakah kita perlu memakai brassiere Premium Beautiful? Bolehkah kita hanya memakai long girdle?Lemak mudah terbentuk di bahagian bawah punggung serta bahagian dalam dan luar paha. Sekiranya kita mengabaikan bahagian-bahagian ini, lama-kelamaan lemak akan terbentuk. Jika anda hanya memakai long girdle untuk jangka masa panjang, lemak mudah terbentuk di bahagian perut dan paha luar , maka kontur badan akan menjadi tidak menarik.
Adakah long brassiere harus dipakai bersama dengan long girdle dan waist nipper?Long brassiere dan long girdle Premium Beautiful merupakan pakaian dalam pembentukan badan yang berfungsi untuk menyelaraskan kontur-kontur di bahagian dada, pinggang, perut, pinggul, paha dan keseluruhan badan. Bagi waist nipper pula, ia dapat menyelaraskan kontur dada dan perut, meningkatkan kedudukan dada dan menjadikannya lebih berisi serta memperbaiki postur seseorang. Semasa anda memakai pakaian yang ketat, waist nipper diperlukan untuk memenuhi ruang antara brassiere dan long girdle untuk membentuk pinggang yang ramping dan seterusnya memperbetulkan postur badan. Maka, mereka yang memakai long brassiere, waist nipper dan long girdle pada masa yang sama dapat membentuk kontur badan yang menarik.


ada soalan lain?



UMI
 012-5403698




















Saturday, March 17, 2012

Premium Beautiful

Pakaian dalam pembentukan kontur badan berteknologi tinggi Far Infrared Rays (FIR)

Untuk KESIHATAN, KECANTIKAN dan KEYAKINAN


Siri pembentukan kontur buah dada
  • Melangsingkan badan & membentuk payudara yang mempesona
Siri pembentukan kontur pinggang
  • Melangsing & membentuk kontur pinggang agar kelihatan lebih ramping
Siri pembentukan kontur pinggul
  • Mengempiskan perut & membentuk kontur pinggul yang menarik.

PREMIUM BEAUTIFUL PRODUK BERTEKNOLOGI TINGGI FIR

FAR INFRARED RAYS (FIR) adalah cahaya merah yang terhasil daripada gelombang elektromagnet daripada cahaya matahari. Cahaya INFRARED menghasilkan 0.75-1000 mikron merangkumi jarak sederhana dan jarak jauh (FIR). Dalam FIR menghasilkan 4-16 mikron. Spektrum cahaya ini memberikan manfaat kepada kehidupan termasuk kepada tubuh badan manusia.

Melalui penyelidikan sains dan teknologi, produk berteknologi tinggi FIR di reka cipta dari bahan dan komponen yang dapat menghasilkan FIR berbentuk Bio-Seramik. Terapi berbentuk FIR merupakan kaedah rawatan alternatif berbentuk "Thermal Therapy" (pemanasan suhu) untuk membantu merawat, memulih serta mempertingkatkan kualiti aliran peredaran darah dalam tubuh badan. PREMIUM BEAUTIFUL merupakan produk berteknologi tinggi FIR. Premium Beautiful merupakan pakaian dalam pembentukan kontur bentuk badan berteknologi tinggi FIR yang di reka cipta dan di hasilkan untuk kesihatan dan keyakinan. Premium Beautiful memainkan peranan untuk mengalihkan komposisi lemak dari bahagian yang tidak sepatutnya kepada bahagian yang sepatutnya dalam proses membentuk dan memulih semula bentuk kontur badan. Teknologi tinggi FIR terhasil melalui bentuk fabrik yang di hasilkan menggunakan bahan berbentuk Bio-Seramik.


KEISTIMEWAAN TEKNOLOGI TINGGI FIR

  1. Membantu membetulkan dan memulihkan sistem saraf
  2. Membantu membetulkan saluran darah arteri, kapilari dan pembuluh utama
  3. Membantu membetulkan dan memulihkan sistem pernafasan
  4. Membantu meningkatkan kadar metabolisme
  5. Membantu mengurangkan lemak, bahan kimia, toksin dan kandungan asid dalam darah.
  6. Membantu mengeluarkan peluh asid dalam tubuh badan.
  7. Membantu menggalakan tumbesaran lebih teratur dan sempurna
  8. Membantu mencegah pertumbuhan bakteria
  9. Membantu menghilangkan rasa kesakitan pada tubuh badan
  10. Membantu menghilangkan kulat dan fungus
  11. Membantu menghilangkan bau badan yang kurang menyenangkan
  12. Membantu mengekalkan kepanasan suhu dalam badan.
  13. Membantu mengekalkan dan meningkatkan tenaga
  14. Membantu menjadikan tidur lebih nenyak dan selesa.
  15. Membantu mengaktifkan air dalam tubuh badan.


UMI
012-5403698




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...